Dalam budaya kita, anak-anak sentiasa diajar dan diingatkan agar
bersopan santun dalam bertutur. Aspek ini diberi perhatian sejak
anak masih kanak-kanak kerana ia menjadi antara asuhan budi paling penting
diterapkan di dalam diri kanak-kanak. Menyuruh bersikap sopan dan menuturkan
perkataan baik-baik juga sebahagian suruhan agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, dan sekiranya masih tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)
Sesungguhnya, banyak individu yang tidak
menjaga lidahnya. Perbuatan mengumpat, fitnah, adu domba, kata-kata
keji, menipu, sumpah bohong dan sebagainya adalah lahir dari lidah yang berniat
busuk.
Banyak kesan buruk akibat lidah yang
celupar. Kata orang ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
merana’. Sebab itulah, besarlah faedahnya sesiapa mampu menjaga lidahnya
daripada memperkatakan yang tidak baik.
Sebab itu Islam amat prihatin terhadap cara
bercakap agar tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Setiap
perkataan yang dikeluarkan dari mulut melibatkan hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan Allah.
Percakapan juga seperti perbuatan yang
melambangkan tahap keimanan seseorang. Orang beriman menjaga setiap
tutur katanya bagi mengelak perkara buruk akibatnya seperti mengumpat, menyebar
fitnah, mengeji dan berbohong.
Orang yang bercakap perkataan tidak baik
termasuk mereka yang tidak teguh imannya. Mereka tidak dapat
mengelak diri daripada bercakap perkataan tidak baik sedangkan agama menyuruh
berbuat demikian.
Memandangkan besarnya bencana berpunca
daripada lidah, Rasulullah menganjurkan agar sesiapa tidak mampu mengawalnya
daripada berkata-kata yang tidak baik, adalah lebih baik dia mengamalkan sifat
‘mendiamkan diri’.
Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah
dalam sabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri.” (Hadis
riwayat Muslim dan Bukhari).
Sesungguhnya, penggunaan bahasa sopan
bermaksud tanda hormat terhadap orang yang dilawan bercakap atau mendengarnya.
Sifat hormat menghomati adalah banyak kebaikannya. Ini dapat mengelak salah faham dan perasaan tidak senang pihak lain jika perkataan kasar digunakan yang dianggap tanda penghinaan.
Sifat hormat menghomati adalah banyak kebaikannya. Ini dapat mengelak salah faham dan perasaan tidak senang pihak lain jika perkataan kasar digunakan yang dianggap tanda penghinaan.
Elakkan kesusahan menimpa diri disebabkan
perkataan buruk yang diucapkan. Akibat sepatah perkataan yang
diucapakan boleh membawa kepada kerugian dan penyesalan seumur
hidup. Kata pepatah, ‘kata itu lebih tajam daripada mata pedang’ dan
‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merosakkan badan’.
No comments:
Post a Comment