Apabila tamat Darurat pada tahun 1960, Malaysia telah diberi
penghormatan sebagai sebuah negera merdeka untuk membantu mengekalkaa keamanan dunia.
Penghormatan ini diberi kepada negara selaku negara ke-16 menghantar tenteranya
berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika,
yang sedang bergolak ketika itu .
Batalion pertama dihantar bertugas di Congo mewakili Tentera
Darat Malaysia (TDM) ialah Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (4
RAMD), di bawah pemerintahan Lt Kol Ungku Nasarudin bermula Sept 1960 sehingga Jul
1961.
4 RAMD kemudian digantikan Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) untuk tempoh Julai 1961 sehingga April 1962. Selepas 6 RAMD, giliran Batalion Kedua Rejmen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pula bertugas di Congo untuk tempo April 1992 sehingga April 1963.
Keanggota pasukan berkhidmat di Congo bukan sahaja dari
pasukan-pasukan RAMD, turut serta ialah anggota dari Kor Peninjau, Kor
Semboyan, Kor Perkhidmatan dan lain-lain yang jumlah keseluruhannya kira-kira
800 orang untuk setiap penugasan.
Khidmat cemerlang anggota tentera Malaya semasa di Congo telah
meninggikan nama baik Persekutuan Tanah Melayu.
Sesungguhnya khidmat tentara Malaya semasa di Congo telah
mendapat sanjungan daripada pihak PBB, rakyat Congo dan negara-negara luar yang
lain.
4 RAMD kemudian digantikan Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) untuk tempoh Julai 1961 sehingga April 1962. Selepas 6 RAMD, giliran Batalion Kedua Rejmen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pula bertugas di Congo untuk tempo April 1992 sehingga April 1963.
Baca juga:
No comments:
Post a Comment