Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi dan batang pokok boleh dijadikan balak.
Pokok
ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil bawang hutan. Buah kulim
biasanya berbuah sama dengan musim durian.
Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia
mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya.
Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang
putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan.
Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.
Buah kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga kesihatan.
No comments:
Post a Comment