Bunga mawar atau bunga ros memang
terkenal berbau harum dan warna serta bentuk yang cantik. Aroma bau bunga
yang menyegarkan menjadikan ia pilihan untuk digunakan pelbagai tujuan,
termasuk ketika mandi. Ia telah digunakan sejak zaman Yunani dan Rom kuno
beribu-ribu tahun lalu.
Bunga mawar juga mempunyai banyak
manfaat untuk kesihatan. Untuk tujuan kecantikan, bunga mawar diguna
merawat wajah, kulit dan rambut.
Menghilangkan jerawat
Air bunga mawar merupakan bahan pembersih semulajadi yang kaya antioksidan dan
mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Cuci wajah anda dengan air hangat
yang sudah dicampur dengan air mawar.
Perawatan kulit
Jaga keseimbangan pH alami kulit dengan air mawar. Air mawar dapat
menyeimbangan pengeluaran sebum pada kulit. Hal ini dapat digunakan baik untuk
kulit berminyak maupun kulit kering. Air mawar juga mampu melawan berbagai
penyakit kulit.
Kesihatan rambut
Air mawar baik untuk kesihatan rambut kerana dilengkapi dengan penyejuk
semulajadi yang dapat melembapkan. Tuangkan beberapa titis air mawar
ketika membersihkan rambut. Juga sesuai diguna selepas mandi ketika rambut
masih basah untuk membantu pertumbuhan rambut dan melembatkan kulit kepala.
Kesihatan mata
Mata lelah dan lingkaran gelap di bawah mata boleh diatasi dengan air mawar.
Air mawar juga dapat digunakan untuk mengatasi mata merah dan meradang.
Titiskan 2-3 titis pada mata, lalu pejam selama beberapa minit untuk
membersihkan mata. Lakukan secara rutin untuk menghindari infeksi mata.
Biji mawar juga kaya dengan khasiat untuk kesihatan. Antara kegunaannya
ialah:
- Menguatkan daya ingatan.
- Anti stress.
- Merawat ulser perut.
- Sebagai antiseptik merawat luka
dan ruam.
- Merawat jangkitan pada mata.
- Meredakan sakit tekak.
- Merawat infeksi pundi kencing.
- Awet muda.
- Menjaga kesihatan usus.
- Mengatasi sakit sendi.
- Melancarkan kitaran haid.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengurang kolestrol dalam darah.
- Membantu untuk meningkatkan
libido.
No comments:
Post a Comment