Satu raplika sarang burung (kerok salag) telah diletakkan di
di Bulatan Ko-Nelayan, Jalan Pantai/Kastam Lama, Bandar Lahad Datu. Replika
berkenaan adalah atas sumbangan Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) dengan
kerjasama serta kelulusan dari Pejabat Daerah Lahad Datu dan Majlis Daerah
Lahad Datu
Idahan (Ida'an, Idaan, Eraan, Sabahan, Saba'an dan
Buludupi) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah. Bangsa atau kaum
ini banyak menetap di sekitar daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan. Maksud
"idahan" adalah baik, jujur dan terbilang.
Jumlah penduduk bangsa Idahan pada 2020 dianggarkan 20
hingga 30 ribu orang. Bangsa ini dipercayai terawal memeluk Islam di Pulau
Borneo, seawal 1408 Masihi.
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi
mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan
tersebut, terutamanya Gua Madai. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi
sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang
burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di
kalangan ethnik Idahan.
Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat
dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan
masyarakat kerjasama.
No comments:
Post a Comment