Sunday, 11 May 2025

PANIPURI DIGEMARI PEMINAT MAKANAN RINGAN

 
Panipuri atau golgappa ialah kulit tepung sfera berongga yang digoreng. Ia dihidangkan dengan sama ada kuah berwarna hijau atau perang; atau kedua-duanya. Kuah ini secara teknikalnya merupakan chutney yang dicairkan.
 
Ukurang kira-kira 25 mm hingga 40 mm, diisi dengan gabungan kentang, bawang mentah, kacang kuda dan rempah ratus.
 
Panipuri merupakan makanan ringan yang berasal dari India. Makanan ini sering ditambah lagi perisa dengan serbuk ciri, chaat masala, herba dan banyak rempah lain.
 
Panipuri tersebar luas ke seluruh India terutamanya disebabkan oleh penghijrahan orang dari satu bahagian negara ke bahagian lain pada abad ke-20. Pada 10 Mac 2005, perkataan "panipuri" telah ditambahkan ke dalam Oxford English Dictionary.
 
Panipuri telah berkembang dengan ketara dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai variasi diperkenalkan mengikut cita rasa setempat.

No comments:

Post a Comment