Saturday, 10 December 2022

KURSUS MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA

  
Dalam kerjaya tentera, kenaikan pangkat pegawai perlu disokong atau wajib menghadiri sesuatu kursus yang ditetapkan. 
 
Contohnya, kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) adalah sandaran melayakkan seseorang pegawai tentera disokong untuk kenaikan pangkat dari Leftenan Kolonel kepada Kolonel.
 
Kursus selama setahun tersebut dikendalikan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
 
MPAT ditawarkan kepada pegawai yang sedang menyandang pangkat Leftenan Kolonel atau setaraf dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, pegawai tentera dari luar negara dan pegawai perkhidmatan awam.
 
Kursus ini merupakan program kerjasama strategik di antara MPAT dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) kepada para peserta.

No comments:

Post a Comment