Di pasaran terdapat pelbagai jenama mi
segera. Namun, di kalangan masyarakat kita, memperkatakan atau menyebut
mengenai mi segera, akan digunakan perkataan ‘maggi’ sebagai merujuk kepada mi
segera.
Mi segera tanpa mengira jenama memang boleh
dijadikan pelbagai menu lain, selain memasak ‘biasa’ dilakukan secara ringkas.
Antara menu menggunakan mi segera ialah
kerabu mi segera, sotong mi segera, udang mi segera, ketam mi segera dan belut
mi segera. Nama-nama itu adalah merujuk kepada bahan tambahan utama yang
digunakan.
Belut mi segera antara yang agak popular.
Belut menjadi pilihan kerana isi yang lembut dan berkhasiat, terutama untuk
merawat masalah tenaga batin dan luka dalaman.
Belut yang dipotong kecil memang mudah untuk
dimakan dan ‘menghapuskan’ bentuknya seperti ular.
Tetapi, agaknya apa perasaan anda jika
dihidangkan mi segera belut dalam keadaan belut seperti gambar di atas?
No comments:
Post a Comment