Jambu
kancing loceng juga dikenali dengan nama jambu bertih. Warna jambu ini ada yang
merah, merah jambu dan jenis agak keputihan. Dinamakan jambu kancing loceng mungkin
kerana ia mirip loceng.
Jambu
kancing loceng adalah dari jenis jambu air atau di Kelantan lebih dikenali
jambu nawar.
Pokok
jambu kancing loceng rendang dan rendah sahaja. Buahnya lebat dan bersaiz kecil
di dalam satu gugusan. Biasanya pokok jambu kancing loceng didapati di kampung-kampung,
terutamanya di halaman rumah.
Ukuran
buahnya lebih kecil berbanding kebanyakan varieti jambu air lain. Rasa buahnya
masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti
cuka, kicap dan sebagainya.
Pokok
nawar kancing atau kecil ini memang lebat berbuah. Dalam setahun berbuah
beberapa kali.
No comments:
Post a Comment