Hidup
mesti sentiasa berani. Mesti sentiasa berani. Bukan hanya kadang-kadang berani.
Lahir keberanian dalam hidup ini bila kita bersandar semata-mata kepada Allah
SWT.
Jika
ada perasaan takut, hadapi ketakutan itu. Berdepan dengan ketakutan tersebut.
Timbulkan rasa berani untuk lawan, lawan dan lawan rasa takut yang menghantui
diri.
Hapuskan
ketakutan, wujudkan keberanian. Mesti berani untuk membuat perubahan hidup.
Kalau
kita yakin kepada kebenaran, pasti keberanian akan lahir. Tetapi, jika kita
ragu-ragu dan timbul rasa bersalah, ketika itulah ketakutan akan menguasai diri.
Seorang
yang soleh, alim, baik dan baik hati tidak akan berasa takut.
Mustahil
mendapat kejayaan jika landasan kehidupan
kita dikaburi dengan perasaan takut.
Keberanian akan timbul jika segala
aktiviti berada di landasan Islam dan reda
Allah membawa kepada kejayaan dunia
akhirat.
No comments:
Post a Comment