Saturday, 4 December 2021

DAUN KARI KAYA KHASIAT

 
Masyarakat di Malaysia gemar menikmati rasa kari yang menjadi rasa utama atau sekadar dicampur sedikit dalam masakan. Aroma kari sama ada dari serbuk kari mahupun daun kari segar amat memikat cita rasa rakyat Malaysia. 
 
Selain, memiliki aroma bau yang memikat, daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin. 
 
Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, antidiabetes, antimikrob, antiinflamasi, hepatoprotektor, antihiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. 
 
Daun kari mengandungi 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat dan 6.4% fiber. 
 
Dari hasil kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan Universiti Nottingham, mengatakan bahawa pengambilan makanan ini dapat membantu melawan segala jenis kanser. Kandungan yang terdapat di dalamnya berupaya membunuh sel-sel kanser. 
 
Mereka juga mempercayai rasa panas yang terkandung pada masakan tersebut boleh digunakan untuk penyembuhan ‘psoriasis’ yang juga digunakan untuk melawan penyakit kanser kulit.

No comments:

Post a Comment