Perkara
38 adalah berkaitan dengan Majlis Raja-raja. Biarpu sekali pandang perkara ini
tidak ada kaitan dengan pengiktirafan terhadap agama Islam, namun hakikatnya ia
mempunyai kuasa yang besar untuk mempertahankan kedudukan dan keistimewaan
agama Islam.
Terdapat
peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana Perkara tertentu yang perlu
mendapat perkenan Majlis Raja-raja sebelum boleh dibuat perubahan
mengenainya.
Perkara itu ialah Perkara 3, 11, 152, 153, 38, 182 dan 183 yang mana walaupun
telah diluluskan di peringkat Parlimen, nama ia tidak dianggap sah selagi mana
ia tidak sahkan atau diluluskan oleh Majlis Raja-raja.
Dengan
kata lain, ia adalah benteng terakhir untuk mempetahankan Perkara yang
berkenaan. Salah satunya ialah berkaitan dengan kedudukan Islam agama
Persekutuan. Selain itu juga, Majlis Raja-raja secara tradisinya menjalankan
tugas dn peranan berkaitan menjaga kepentingan agama Islam.
Jelas sekali, kewujudkan Majlis Raja-raja sebagai menaungi agama Islam secara
tersirat, biarpun secara tersuratnya menceritakan tentang tugas dan peranannya
berkaitan Yang Dipertuan Agung dan raja-raja.
No comments:
Post a Comment