Wednesday 5 January 2022

PASAR TASEK RAJA, PASIR MAS

  
Bandar Tasek Raja merupakan kawasan pembangunan strategik  berhampiran dengan bandar Pasir Mas. Projek pembangunan kawasan tersebut di tapak seluas 31 hektar dimulakan pada awal tahun 2011. 
 
Projek pembangunan Bandar Tasek Raja terletak di lokasi yang strategik kira-kira dua kilometer dari bandar Pasir Mas, 20 kilometer dari Rantau Panjang dan hanya 19 kilometer dari Kota Bharu. 
 
Tumpuan penduduk setempat terhadap Bandar Tasek Raja adalah Pasar Tasek Raja. Konsep pasar tersebut hampir sama dengan pasar-pasar lain yang ada di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. 
 
Dari segi persempadanan kawasan politik kawasan Parlimen, Bandar Baharu Tasek Raja biarpun hanya terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Pasar Mas, ia terletak di dalam Parlimen Rantau Panjang. 
 
Namun, majoriti peniaga dan pembeli di pasar tersebut adalah dari Parlimen Pasir Mas. 
 
Pasar Tasek Raja menempatkan peniaga yang sebelum 1 Ogos 2016 adalah berniaga di pasar lama di pusat bandar Pasir Mas berhampiran Stesen Kereta Api Pasir Mas, Pasar Mundok dan Pasar Tepi Sungai. 
 
Penempatan peniaga di Pasar Tasek Raja menjadi tarikan berikutan lokasinya yang strategik, selesa dan selamat.





No comments:

Post a Comment