Kampung Mambang adalah sebuah kampung tradisional yang terletak di pesisiran Sungai Pahang dalam Mukim Penyor, Daerah Pekan.
Kemudian orang-orang kampung meneroka pula kawasan sekarang sehingga semua penempatan dan pembangunan dilakukan di kawasan ini.
Nama Kampung Mambang berasal dari nama seorang raja Bunjan yang bernama Raja Mambang.
Pada asalnya kampung ini dipanggil nama Kampung Penyor yang sekarang ini dijadikan nama mukim iaitu Mukim Penyor.
Kampung ini dipanggil Kampung Mambang setelah Raja Mambang dan adiknya bernama Raja Kepong serta keluarganya telah meninggalkan kampung ini dan menghilangkan diri tidak tahu ke mana.
Baginda meninggalkan kampung ini disebabkan oleh Raja Aceh yang ingin meminang anak saudaranya dan baginda serta keluarga tidak bersetuju dengan pinangan tersebut lalu menghilangkan diri untuk mengelakkan terjadinya huru hara akibat dari penolakan peminangan tersebut.
Setelah peninggalan Raja Mambang, kampung ini terus digelar Kampung Mambang sehingga ke hari ini.
Sumber : https://jkkkmbg.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment