Pada Mac 2021, penyelidik di Nigeria mendapati kurma dapat
membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk dan kelajuan.
Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.
Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki.
Terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan mutu sperma lelaki. Nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila ia merosakkan DNA dalam sperma.
Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak. Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
Kurma mengandungi antioksida diperlukan badan. Ini disokong kajian dilakukan oleh pengkaji dari Tunisa pada 2009 yang mendapati kurma tinggi antioksida dan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma.
Nutrien kedua adalah zink iaitu antara mineral penting dalam
tubuh. Zink membantu melindungi sperma daripada rosak akibat serangan bakteria.
Dengan kata lain, ia juga memainkan peranan penting sebagai antibakteria.
Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada kromosom dalam sperma. Zink juga memainkan peranan penting dalam perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis.
Kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia. Ia juga mampu mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
Nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting terkandung dalam selenoprotein.
Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses penghasilan sperma (spermatogenesis).
Kajian membuktikan, kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan morfologi sperma.
Pada 2017, penyelidik di Pakistan mendapati, suplemen selenium
mampu memperbaiki kualiti sperma daripada segi jumlah, pergerakan dan
morphologi. Selain itu, selenium mampu membantu meningkatkan nafsu lelaki.
Nutrien tambahan keempat dalam kurma ialah frukrosa iaitu kandungan gula dalam kurma dengan 7.7g fruktosa untuk sebiji kurma. Fruktosa mempunyai nilai indeks glisemik (GI) rendah berbanding sukrosa dan glukosa yang sesuai kepada pesakit kencing manis.
Bagi pesakit yang gemar makanan manis, mereka boleh mengambil kurma mengandungi fruktosa. Ini kerana rasa manisnya lebih daripada sukrosa dan glukosa, tetapi mempunyai nilai GI rendah. Ia tidak akan mengganggu kesuburan jika diambil pada kadar berpatutan.
Nutrien seterusnya adalah serat yang kandungannya tinggi di dalam kurma. Kandungan serat bagi sebiji kurma seberat 24g ialah hampir 1.6g. Serat antara nutrien yang membantu proses pencernaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Kajian pada 2008 berkaitan berat badan lelaki, kualiti sperma dan masalah mati pucuk mendapati, berat badan juga berkaitan dengan kesuburan lelaki.
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.
Hasil kajian mendapati, kurma mengandungi 13 jenis flavonoid.
Selain itu, ia turut mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam
tumbuhan.
Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki.
Pada 2018, pengkaji dari Amerika Syarikat mendapati, flavonoid bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kesan ROS terhadap sperma.
Oleh itu, pengambilan kurma dalam jumlah berpatutan secara konsisten mampu meningkatkan tahap kesihatan terutama kesuburan lelaki.
Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.
Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki.
Terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan mutu sperma lelaki. Nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila ia merosakkan DNA dalam sperma.
Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak. Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
Kurma mengandungi antioksida diperlukan badan. Ini disokong kajian dilakukan oleh pengkaji dari Tunisa pada 2009 yang mendapati kurma tinggi antioksida dan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma.
Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada kromosom dalam sperma. Zink juga memainkan peranan penting dalam perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis.
Kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia. Ia juga mampu mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
Nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting terkandung dalam selenoprotein.
Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses penghasilan sperma (spermatogenesis).
Kajian membuktikan, kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan morfologi sperma.
Nutrien tambahan keempat dalam kurma ialah frukrosa iaitu kandungan gula dalam kurma dengan 7.7g fruktosa untuk sebiji kurma. Fruktosa mempunyai nilai indeks glisemik (GI) rendah berbanding sukrosa dan glukosa yang sesuai kepada pesakit kencing manis.
Bagi pesakit yang gemar makanan manis, mereka boleh mengambil kurma mengandungi fruktosa. Ini kerana rasa manisnya lebih daripada sukrosa dan glukosa, tetapi mempunyai nilai GI rendah. Ia tidak akan mengganggu kesuburan jika diambil pada kadar berpatutan.
Nutrien seterusnya adalah serat yang kandungannya tinggi di dalam kurma. Kandungan serat bagi sebiji kurma seberat 24g ialah hampir 1.6g. Serat antara nutrien yang membantu proses pencernaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Kajian pada 2008 berkaitan berat badan lelaki, kualiti sperma dan masalah mati pucuk mendapati, berat badan juga berkaitan dengan kesuburan lelaki.
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.
Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki.
Pada 2018, pengkaji dari Amerika Syarikat mendapati, flavonoid bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kesan ROS terhadap sperma.
Oleh itu, pengambilan kurma dalam jumlah berpatutan secara konsisten mampu meningkatkan tahap kesihatan terutama kesuburan lelaki.

No comments:
Post a Comment