Temu lawak sangat berkesan untuk merawat penyakit berkaitan
hati. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis
yang mengambil temu lawak 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan,
menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT.
SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap
penyakit melalui ujian darah. Temu lawak mampu melindungi hati daripada
virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit hati lain.
Selain mengawal kesan penyakit hepatitis B, temu lawak juga dapat mengubati
penyakit berkaitan jantung. Temu lawak, terutama zat kurkuminoidnya, dapat
meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk
mencegah penyakit jantung koroner).
Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas,
sebagai zat antiperadangan, dan menurunkan tekanan darah.
Khasiat temu lawak lebih banyak dari ginseng. Temu lawak
memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas.
Komponen aktif
kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan,
antiradanga, antibakteri, antihepatotoksik, antikolesterol, antikanser dan
antipembekuan darah.
Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan
dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan
penyakit.
Penggunaan temu lawak secara rutin, juga dapat melancarkan
darah sehingga baik untuk mencegah stroke.
Temu lawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan
jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam.
Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan
dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap ubat tradisional ini.
Secara umumnya manfaat temu lawak dapat dibahagikan kepada
tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan,
memelihara fungsi hati, mengurang masalah sendi dan tulang, menurunkan lemak
darah, antioksidan dan membantu memelihara kesihatan serta mencegah
penggumpalan darah.
Dapatkan temu lawak segar

No comments:
Post a Comment