Kisah pengajaran akibat fitnah. Kesan fitnah boleh
menyebabkan berlakunya perpecahan dalam keluarga dan masyarakat. Bahkan, kesan
fitnah boleh berakhir dengan pembunuhan.
Kisahnya, Rusa bekerja di sebuah ladang di hujung kampung. Rusa terkenal amanah, gigih, tekun dan kuat kerja. Namun, terkadang-kadang dia juga mengalami keadaan fizikal tidak baik, itupun kerana terlalu kuat bekerja.
Kisahnya, Rusa bekerja di sebuah ladang di hujung kampung. Rusa terkenal amanah, gigih, tekun dan kuat kerja. Namun, terkadang-kadang dia juga mengalami keadaan fizikal tidak baik, itupun kerana terlalu kuat bekerja.
Pada suatu hari, Rusa terasa dirinya terlalu letih
setelah seminggun bekerja dengan gigih menyiapkan kerja yang diamanahkan oleh
bosnya.
Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di
kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Rusa berkata pada Anjing yang
kebetulan datang melawatnya: “Kawan, aku sangat penat hari ini. Besok aku
nak rehat dan tidak mahu pergi kerja. Tambahan pula kerja yang bos suruh itu
telah aku siapkan"
Anjing berjumpa Kucing di sudut tembok. Lalu
Anjung menceritakan kepada Kucing hal keadaan Rusa: "Tadi saya berjumpa
Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab
bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Rusa."
Kucing kemudian bercerita kepada Kambing:
"Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia
tidak mahu kerja."
Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Rusa tidak
seronok bekerja dengan bos. Mungkin ada bos lain yang lebih baik."
Ayam pula bercerita kepada Monyet: "Rusa tak
akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang
lain."
Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos,
tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin
meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain."
Mendengar ucapan Monyet, bos berasa marah dan
tercabar. Tanpa usul periksa, lalu bos terus mengarahkan agar Rusa dibunuh
segera kerana telah mengkhianatinya.
Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada
semua. Jangan mudah mendengar khabar angin yang tidak jelas. Berita
yang disampaikan secara berperingkat dari satu orang ke satu orang yang lain
mungkin telah berubah maksud asalnya. Lebih-lebih lagi jika memang orang
yang menyambungkan berita itu telah mempunyai niat untuk mengubahnya.
Ingatlah, sepatah yang kita dengar dan kemudian
disampaikan kepada orang lain adalah satu fitnah yang akan menyebabkan
kecelakaan yang besar.
Allah SWT
telah memberi peringatan tentang bahaya fitnah. Firman-Nya dalam surah
al-Baqarah ayat 191 bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada
pembunuhannya.”
Firman Allah
SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
No comments:
Post a Comment