Arak disebut sebagai khamar
dalam bahasa Arab. Di dalam syurga ada sungai arak. Segala keinginan penghuni syurga
akan disediakan, termasuk arak. Syurga adalah tempat nikmat. Antara nikmat dalam syurga ialah
arak sebagai minuman.
Nas al-Quran dalam surah Muhammad ayat 15 menjelaskan sungai
arak wujud bersama dengan sungai susu, sungai madu dan sungai air. Dalam nas
al-Quran ini, tidak dinyatakan perbezaan antara arak syurga dan arak dunia.
Cuma disebutkan bahawa arak ini adalah lazat.
Firman Allah SWT bermaksud: "(Apakah) perumpamaan
(penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di
dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya,
sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari
khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang
disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan
ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi
minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?" (Surah Muhammad, ayat 15)
Sudah pasti arak di syurga ini bukanlah arak yang memudaratkan
sebagaimana arak di dunia. Arak dunia memabukkan. Banyak kesan negatif kerana minum
arak.
Namun arak syurga adalah arak yang lazat, tidak memberi kesan
negatif. Mungkin timbul persoalan kenapa wujud arak di syurga?
Tidakkah arak itu haram? Ya arak adalah haram. Namun hukum
haramnya hanya setakat dunia sahaja. Adapun di syurga nanti, hukumnya berbeza.
Arak diharamkan di dalam Islam kerana banyak memberi keburukan dari segi
fizikal, rohani, ekonomi dan masyarakat.
Oleh sebab itu, meminum arak
juga dianggap satu amalan tidak baik oleh penganut agama lain serta pakar
psikologi dan sosialogi.
Ini telah banyak dibuktikan melalui
kajian-kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan
menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak
dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala
arak.
Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang
sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih
kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti
tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam masa yang singkat ini juga boleh
menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol,
bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
Namun, malang sekali perkara itu dipandang mudah sehingga minuman keras
menjadi kebiasaan muda-mudi, meneguknya di mana-mana tanpa malu dan segan lagi,
halal dan haram dipandang sepi, asalkan nikmat sementara dirasa sesekali.
Hakikatnya, arak bukan perkara yang mendatangkan kebaikan, kecuali dalam
beberapa situasi. Namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan
alasan kepada pengambilan arak kerana kesan buruknya lebih besar.
Perkara ini dijelaskan Allah SWT melalui firman yang
bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi.
Katakanlah pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah Baqarah ayat 219)
Sesungguhnya meminum arak daripada pada amalan syaitan yang mana sudah
pasti tidak memberi apa-apa kebaikan, melainkan bertujuan untuk mendatangkan
kebaikan.
Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan manusia,
termasuklah perbuatan meminum arak. Sesiapa ingin mencapai kejayaan dalam hidup
hendaklah meninggalkan perbuatan disuruh oleh syaitan.
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang beriman, bahawa sesungguhnya
arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah
adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah ayat 90)
No comments:
Post a Comment