Pokok buah ulat bulu (Passiflora foetida) adalah
sejenis pokok berbatang lembut merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Pokok
ini hidup subur dan mudah tumbuh melalui penyebaran biji. Biasanya ia
tumbuh melata di atas tanah ataupun memanjat pakok lain, pagar dan seumpamanya
untuk mendapat lebih cahaya matahari.
Daun dan batangnya diselaputi bulu halus. Batang
dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.
Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan
apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan
berbulu sebab itu ia dipanggil buah ulat bulu.
Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa
manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.
Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur
air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan
lain-lain. Antara khasiatnya adalah membuatkan anda merasa
tenang.
Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan
juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang histeria. Daun yang
dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.
Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri
perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan
kulit. Rendaman panas dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak.
Daun mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan
dalam merawat tekanan perasaan, tidak boleh tidur malam
(insomnia), kedatangan haid terlalu awal, gatal-gatal dan batuk.
Oleh kerana daun mengandungi bahan penenang maka
rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan di bahagian
kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan
untuk untuk meredakan masalah perut dan asma.
Rebusan buah digunakan untuk penyakit asma dan
kekembungan perut disebabkan dari gangguan hati.
Pokok ulat bulu secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.
Bunga buah ulat bulu adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.
Pokok ulat bulu secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.
Bunga buah ulat bulu adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia juga mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.
Penggunaan buah ulat bulu secara klinikal telah
dilihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem
saraf.
Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas seksual,
gangguan haid dan kesensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara
berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan.
Ia amat membantu semasa serangan awal
sawan, tetapi apabila sawan sedang
berlaku ia hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung.
Buah ulat bulu berkemampuan mengawal kekejangan
di kalangan kanak-kanak yang diakibatkan daripada pembengkakan gusi gigi susu,
cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan meredalkan
kekejangan otot rahang.
Buah ulat bulu adalah ubat penyembuh kesakitan,
terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan
kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid, kesakitan pada rektum,
sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot di sepanjang
urat.
Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari
tindak-balas yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain
bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot.
Sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan atau
dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan buah ulat bulu. Dalam semua
kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal di beberapa
bahagian atau fungsi.
No comments:
Post a Comment