Rakyat Malaysia memang kreatif dalam
menghasilkan jenaka dalam pelbagai bentuk. Ada jenaka yang sekadar jenaka untuk
menghiburkan.
Namun ada juga jenaka yang mempunyai maksud
tersirat. Dipandang pada satu sudut ia adalah jenaka, tetapi jika difahami di
sebalik itu ada maksud lain yang ingin disampaikan biarpun tidak secara tepat.
Bentuk karya seperti itu dipanggil satira
yakni karya yang memprsenda-sendakan atau menyindir orang, kumpulan atau pihak
tertentu.
Pun begitu, ada juga yang tidak dapat
membezakan mana yang fakta atau auta. Jenaka dianggap perkara benar kerana
kurang teliti melihat gambar atau membaca. Sikap terburu-buru menjadikan mereka
‘percaya’ kepada perkara yang terang-terang tidak benar.
Jadi, jadilah orang yang bijak memproses
setiap apa yang dilihat, dibaca dan didengar agar tidak “menipu” dan “membodohkan”
diri sendiri.
No comments:
Post a Comment