Durian elai atau juga disebut alai adalah
sejenis durian tumbuh secara semula jadi di kawasan Pulau Borneo, termasuk di
Sabah. Namun sekarang ini sudah ada penduduk yang menanam durian elai kerana
ada permintaan tinggi terhadap durian jenis ini.
Perbezaan ketara durian elai berbanding dengan
duian lain ialah isinya berwarna merah. Sebab itu ia juga dipanggil durian
merah.
Pun begitu, ia tidak sama dengan varieti durian
udang merah atau nombor daftarnya D175 yang didaftarkan dengan
Jabatan Pertanian pada tahun 1990 dari Pulau Pinang. Kini durian varieti udang merah
telah dijadikan ikon terkenal dari Pulau Pinang semasa musim buah-buahan di
pulau tersebut.
Sebenarnya, durian elai itu sendiri banyak
varieti yang belum didaftarkan. Secara umumnya, jika isinya merah, maka ia
dikenali durian elai atau durian isi merah. Jadi, setiap tempat mempunyai
durian merah sendiri.
Gambar durian merah ini dijumpai di Tawau,
Sabah atau lebih tepat lagi di Kampung Check Point Batu 38 Jalan Tawau – Semporna.
Ada dijual di salah satu kedai menjual buah. Turut ada dijual ialah buah tarap
yang cukup terkenal di Sabah.
No comments:
Post a Comment