Aktiviti berbasikal semakin mendapat
sambutan semua peringkat umur. Selain untuk tujuan riadah dan santai, aktiviti
berbasikal menjanjikan kebaikan yang pasti menarik minat golongan tua.
Kajian pasukan saintis Britain mendapati
aktiviti berbasikal boleh melambatkan kesan penuaan dan 'meremajakan' sistem
imun.
Satu pasukan saintis melakukan ujian ke
atas 125 penunggang amatur berusia antara 55 hingga 79 tahun dan membandingkan
dengan orang dewasa yang sihat dari kumpulan umur yang tidak bersenam secara
berkala.
Penemuan menunjukkan bahawa para penunggang
basikal memelihara jisim otot dan kekuatan dengan usia sambil mengekalkan tahap
lemak serta kolesterol yang stabil.
Lebih menarik lagi, kesan antipenuaan
daripada aktiviti berbasikal turut menguatkan sistem imun.
Satu organ dikenali sebagai thymus yang
menghasilkan sel-sel imun dipanggil sel T biasanya mula mengecut selepas usia
20 tahun tetapi organ berkenanan pada penunggang yang lebih tua didapati banyak
menjana sel T seperti orang muda.
Penemuan tersebut merupakan bukti kukuh
yang dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan senaman secara teratur
sepanjang hidup mereka untuk kekal sihat.
Aktiviti berbasikal memberi banyak manfaat
kepada kesihatan individu. Tubuh mereka dibenarkan untuk melewati usia dengan
lebih optimum, bebas daripada penyakit yang biasanya disebabkan oleh masalah
tidak aktif.
Jika dikeluarkan aktiviti berbasikal itu
daripada rutin harian mereka, tahap kesihatan mereka mungkin akan merosot.
Penunggang basikal lelaki yang mengambil
bahagian dalam kajian itu perlu berkayuh sejauh 100 kilometer di bawah 6.5 jam,
manakala wanita pula sejauh 60 kilometer dalam masa 5.5 jam.
Kumpulan tidak bersenam terdiri daripada 75
orang yang sihat berusia antara 57 hingga 80 tahun, dan 55 orang dewasa muda
berumur antara 20 hingga 36 tahun.
Gambar – media sosial
No comments:
Post a Comment