Islam
bukan saja melarang umatnya mencaci dan memaki-hamun, tetapi turut mengharamkan
sebarang tindakan yang boleh membawa kepada bibit-bibit perbuatan itu seperti
mengejek atau menyindir.
Kehidupan
moden pada hari ini menyaksikan banyak perilaku bertentangan amalan dan etika
sosial apabila timbul pelbagai perbuatan menyeleweng daripada landasan
dibenarkan agama.
Perkara
itu berlaku kerana terkeliru dengan budaya dan nilai hidup. Apa saja perbuatan
mencetuskan perbalahan, ia tetap dihukum haram.
Tidak
perlulah kita berasa seronok dengan kekurangan dan kelemahan orang. Sama ada
seseorang itu gemuk, cacat, sumbing, sengau, pekak, bisu dan sebagainya, itu
dah memang ditentukan oleh Allah SWT.
Allah
SWT mengingatkan, sebarang perilaku yang boleh menyakiti orang mukmin tanpa
kesalahan yang mereka lakukan boleh menyebabkan seseorang itu berdosa dan
dilaknat Allah.
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 58 yang bermaksud: “Dan orang
yang menyakiti orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan,
maka sesungguhnya mereka memikul pembohongan dan dosa yang nyata.”
Imam
Abu Daud mencatat sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak
disebut insan beriman manusia yang suka mencela, melaknat melakukan perkara
keji dan bercakap kotor.”
Dikisahkan
juga pada suatu hari, isteri Rasulullah SAW, Aisyah berkata kesat terhadap
orang kafir yang memusuhi Islam.
Lantas
Baginda SAW menegur perbuatan isterinya dengan bersabda, “Hentikanlah wahai
Aisyah! Sesungguhnya Allah tidak menyukai perbuatan menghina dan perbuatan
keji.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Ingatlah,
mungkin orang yang kita hina dan keji itu adalah lebih baik dari kita.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang
mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan
itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang
mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang
dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka.
"Janganlah kamu saling mencela
satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang
buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik)
setelah beriman.
"Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)
No comments:
Post a Comment