Tahukah
anda, bentuk, rupa, warna dan struktur najis boleh menjadi tanda untuk
mengetahui tahap kesihatan. Jangan pandang mudah mengenai tanda-tanda itu untuk
memantau tahap kesihatan diri sendiri.
Dengan melihat najis, anda dapat
mengetahui tentang kesihatan anda sebagai panduan sebelum bertemu doktor.
Najis mempunyai kaitan rapat dengan kolon atau usus yang berperanan menghadam
makanan dan menyerap zat. Fungsi sebenar kolon adalah mencuci dan menghapuskan
sisa penghadaman daripada badan.
Sebaliknya, kolon bertukar menjadi bakul sampah menyimpan unsur tidak
diperlukan badan disebabkan sikap kita.
Fakta
dari Kolej Perubatan England mendapati 90 peratus pelbagai penyakit berkaitan
dengan kolon tidak bersih. Statistik juga mendapati kira-kira 500,000
kematian setahun di seluruh dunia disebabkan kanser kolon.
Berikut adalah penilaian tentang najis kita:
Keras
dan kering. Masa
yang diambil oleh makanan untuk melalui sistem usus dan akhirnya keluar
daripada dubur, memberi kesan kepada keadaan najis kita.
Perjalanan makanan di
usus hingga ia keluar memakan masa purata 40 hingga 45 jam. Jika ia berada di
usus lebih lama daripada itu, cecairnya akan diserap semula ke tubuh.
Beberapa
jenis ubat seperti ubat darah tinggi dan ubat untuk merawat murung, boleh
melambatkan perjalanan makanan di usus. Sembelit yang bersebab daripada beberapa
punca, juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan kering.
Bagi
sesetengah orang, memakan makanan yang kaya kandungan tenusu (makanan diperbuat
daripada susu), boleh menyebabkan sembelit. Badan yang kering juga boleh
menyebabkan sembelit kerana jika kita kurang minum, badan akan menyerap apa
saja baki air dalam tubuh.
Berketul-ketul
kecil. Najis
yang ideal harus kelihatan seperti torpedo. Ia harus besar, lembut dan mudah
keluar. Tetapi, jika ia kurang ideal, ia boleh kelihatan seperti peluru kecil.
Sekali lagi keadaan ini boleh disebabkan oleh masa lama yang diambil oleh
makanan untuk melalui usus hingga najis kehilangan air, menjadikannya keras.
Kurang
memakan serat juga boleh dipersalahkan kerana serat seperti sayur dan
buah-buahan, boleh menampung air.
Cair
berair. Ingatlah,
tubuh kita mengeluarkan kira-kira lapan liter air dalam sehari daripada perut,
kelenjar air liur dan pankreas untuk membantu pencernaan makanan dan melancarkan
perjalanannya dalam sistem penghadaman.
Dalam
keadaan normal dan sihat, kebanyakan cecair kita diserap sepanjang jalannya
hingga menghasilkan najis yang lembut. Tetapi, jika perjalanan makanan itu
terlalu pantas, tiada masa bagi cecair untuk diserap secukupnya, menyebabkan
najis menjadi terlalu lembik dan cair.
Punca-punca
keadaan ini ialah terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau
virus. Apabila berlaku jangkitan, badan kita mengeluarkan toksin yang
menyebabkan air dilepaskan daripada tubuh.
Halus
macam pensil. Secara
khusus, najis yang halus boleh merupakan petanda barah atau polip iaitu
tumbuhan dalam usus.
Apabila terjadi tumbuhan di usus yang menyebabkan
hadangan, maka benda yang ingin melaluinya pasti mengecut menjadi halus. Jika
ini berterusan, anda harus berjumpa doktor.
Pucat
atau kelabu. Najis
yang normal boleh mempunyai pelbagai warna yang dipengaruhi oleh makanan atau
ubat, selain faktor-faktor lain.
Tetapi, jika najis anda berwarna agak pelik
seperti terlalu pucat atau kelabu, maka mungkin ada yang tidak kena di usus anda.
Organ
hati kita mengeluarkan hempedu untuk mencerna lemak-lemak dalam makanan kita
dan hempedu juga memberi warna kepada najis.
Namun, jika terdapat hadangan di organ hati itu atau di tiub tempat hempedu itu
dikeluarkan, maka najis boleh mempunyai warna yang terlalu pucat.
Anda
juga boleh mempunyai najis yang kelabu jika mengalami masalah pankreas yang
mengeluarkan enzaim penghadaman yang memberi warna kepada najis.
Merah
terang. Usah
panik jika melihat najis anda merah. Ia mungkin disebabkan oleh makanan yang
anda makan beberapa jam lebih awal. Tetapi, jika anda nampak jelas ada darah,
maka sah, ada pendarahan di mana-mana dalam usus anda.
Namun, usah panik kerana ia mungkin hanya bausir yang tidak membahayakan atau
satu luka kecil di dubur kerana sembelit.
Bagaimanapun,
baik juga anda berjumpa doktor untuk mengesan masalahnya yang sebenar.
Hitam
macam tar. Makanan
tambahan zat besi yang dimakan secara sendiri atau dicampur dengan vitamin
lain, boleh meninggalkan kesan warna hitam pada najis.
Tetapi, jika anda tidak
memakan vitamin zat besi sejak akhir-akhir ini, maka wajarlah anda berjumpa
doktor.
Jika
terdapat pendarahan di bahagian atas usus seperti di perut atau esofagus, najis
boleh menjadi hitam dan seperti tar.
Terapung-apung
dan busuk. Najis
ideal yang seperti torpedo itu seharusnya tenggelam sebaik ia masuk ke dalam
mangkuk tandas.
Namun, jika tubuh tidak menyerap dengan baik lemak dalam
makanan yang dimakan, ia akhirnya keluar bersama najis. Hasilnya warna najis
menjadi kuning, berminyak, busuk dan terapung-apung.
Gambar pokok kelapa tiada kaitan dengan tulisan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment