Allahu Akhbar
La illaha il Allah
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Walilahil Hamd
Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT kerana kita semua dapat menyempurnakan puasa Ramadhan tahun ini.
1 Syawal menjelang tiba dan kita akan menyambut Aidilfitri bagi meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu.
Selama sebulan kita mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai amal kebaikan dan ibadat yang kita lakukan.
Aidilfitri tahun ini kita masih lagi ditakdirkan meraikannya bersama Covid19 seperti tahun lepas.
Suasana raya tahun ini juga kita masih tidak boleh balik kampung, tidak boleh ziarah ke rumah, tidak boleh ziarah kubur dan juga tiada rumah terbuka seperti lazimnya.
Kepada perantau tentunya berasa amat sedih kerana tidak dapat menemui orang tua kita yang berada di kampung.
Perasaan sayu dan hiba sudah pasti akan membuat kita mengalir air mata bila takbir raya bergema di pagi 1 Syawal.
Kita semua berdoalah kepada Allah SWT, semoga Covid19 ini akan berlalu pergi secepat mungkin.
Semoga kita semua tabah menghadapi ujian ini dan dapat meraikan Syawal tahun ini dengan seadanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin.
FB: Ahmad Jazlah Yaakob Official
No comments:
Post a Comment