Kulat pusu atau cendawan
busut, juga dikenali kulat tahun disebabkan di sesetengah tempat ia hanya tumbuh
setahun sekali. Kulat pusu unik kerana mengikut pemerhatian ia tumbuh apabila berlaku
hujan yang diikuti dengan kilat dan guruh.
Satu lagi petanda akan tumbuh
kulat pusu di sesuatu tempat ialah wujudnya kelkatu berterebangan. Malam hujan
lebat dan sebelah siangnya yang panas terik selama 3 hari berturut-turut
menandakan musim kulat pusu tiba.
Kulat pusu tumbuh meliar
di atas tanah yang terdapat anai-anai. Sebab itu ia dikenali kulat pusu (busut)
yang dikaitkan tempat tinggal anai-anai. Kulat pusu tumbuh secara
berkoloni di atas pusu anai-anai.
Kulat pusu akan tumbuh
di tempat yang sama, sekiranya tempat itu tidak diganggu. Namun apabila kawasan
tempat ia biasa tumbuh diratakan, digali dan dicangkul untuk didirikan
penempatan, kulat pusu akan beralih untuk tumbuh di tempat lain pula.
Perpindahan itu biasanya tidak jauh. Sekitar tempat yang sama. Ini berlaku kerana pusu anai-anai juga telah beralih.
Perpindahan itu biasanya tidak jauh. Sekitar tempat yang sama. Ini berlaku kerana pusu anai-anai juga telah beralih.
Kulat pusu tidak hidup
lama, jangkahayatnya mampu bertahan hanya 4 hari sahaja. Hari pertama topi
kulat akan muncul dari tanah.
Pada hari kedua ia tumbuh meninggi sehingga 5 – 6 inci dari atas permukaan bumi dan topinya sedikit membuka. Semasa hari kedua juga teksturnya sedikit kenyal dan keras.
Pada hari kedua ia tumbuh meninggi sehingga 5 – 6 inci dari atas permukaan bumi dan topinya sedikit membuka. Semasa hari kedua juga teksturnya sedikit kenyal dan keras.
Pada hari ketiga topinya
menjadi besar dan hampir kembang. Pada hari keempat topinya berkembang dengan
penuh dan dalam keadaan ‘malo’ atau matang. Oleh itu hari yang paling sesuai
untuk mengutip kulat pusu adalah pada hari kedua.
Kulat pusu dianggap telah
rosak sepenuhnya pada hari kelima. Sebab itu banyak kulat pusu tidak dipungut disebabkan
tidak disedari kewujudannya.
No comments:
Post a Comment