Setiap
masyarakat mempunyai adat yang tesendiri yang menjadi identiti
ataupun kebanggaan masing-masing. Sesuatu adat sebati dalam
masyarakat berkenaan dan diterima sebagai perkara yang benar.
Dalam
memberi kemudahan dan tidak wujud pertentangan dengan kehendak adat dan agama,
maka Islam menerima adat sebagai salah satu sumber hukum fiqah. Namun,
penerimaan itu melalui proses yang ketat yang antara lain adat itu mesti tidak
bertentangan dengan nas yang jelas. Ia diterima umum dalam masyarakat dan
perkara itu telah lama berlaku sebelum ia diputusan sebagai sumber hukum dan
perkara itu terus berlaku.
Penerimaan
adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh menentukan sendiri hukum
agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah
SWT. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah berdasarkan kepada sumber
hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang yang tumbuh daripada pokok hukum
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Justeru,
tidak benar jika ada pihak mendakwa hukum boleh berubah mengikut kepentingan
pihak tertentu. Sebarang perubahan atau penetapan hukum mesti dilakukan
oleh keputusan bersama ulama, dan bukannya hanya ikut lepas cakap yang dalam
ruang lingkup adat yang memang boleh berubah.
Penerimaan
adat sebagai sumber hukum adalah rahmat besar umat Islam. Seperti
diketahui, kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan perubahan
kemajuan. Banyak perkara baru perlu ditentukan hukum untuk kepentingan
umat Islam terus hidup berpandukan kepada hukum.
Kes
berkaitan muamalat, penggunaan teknologi terkini dan sebagainya perlu mendapat
ketentuan hukum, yang antara lain kemelut ini diselesikan melalui kaedah adat.
Bagaimana hendak ditentukan hukum bermuamalat mengguna kad keredit, urusan atas
talian dan sebagainya jika kaedah hukum adat digunapakai.
Sekiranya,
kaedah adat tidak digunapakai, sudah tentu banyak keperluan manusia hari ini
tidak dapat dipastikan hukumnya, sedangkan Islam adalah agama yang sesuai
sepanjang zaman, tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada seluruh alam.
Sesungguhnya,
setiap hukum yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap umat Islam adalah
mudah, namun tidap pula boleh dipermudahkan mengikut sesuka hati. Sumber hukum
tetap berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment