Kehebatan
manusia berbanding makhluk lain ialah pada akalnya yang meletakkan manusia
adalah sebaik-baik kejadian. Oleh itu, kita perlu menjaga akal dan
menggunakannya sesuai dengan kedudukannya. Jika fungsi akal ini
tidak digunakan, ditakuti kedudukan manusia lebih hina berbanding haiwan.
Firman
Allah SWT dalam surah Al-Araf, ayat 179 yang bermaksud: "Dan sungguh, akan
kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki
hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang yang lalai"
Manusia diingatkan agar menggunakan akal
untuk kebaikan dan keredaan Allah SWT. Akal yang digunakan untuk
melakukan durhaka dan maksiat dianggap telah menyalahgunakan fungsi otak.
Perkara inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT
mengenai mereka yang tidak menggunakan akal walaupun mampu menggunakan anugerah
pancaindera lain yang dikurniakan kepadanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah
ialah, orang-orang yang pekak dan tuli (iaitu manusia yang paling buruk di sisi
Allah ialah yang tidak mahu mendengar, menurutkan dan memahami kebenaran) yang
tidak mengerti apa-apa pun (yang tidak menggunakan akal). (Surah al-Anfaal,
ayat 22).
Perkataan akal disebut secara berulang-ulang
di dalam al-Quran sebanyak 49 kali bagi menggambarkan kepentingan akal
digunakan setaraf dengan kedudukannya. Ia perlu digunakan dalam
semua tindakan dan urusan kehidupan seharian.
Manusia tidak menggunakan akal sebenarnya
telah mensia-siakan anugerah terbesar itu. Mereka itu layak digelar
manusia haiwan.
Amat ditakuti apabila manusia menggunakan
keupayaan akal untuk melakukan onar dan kejahatan. Mereka bijak
mengggunakan akal untuk menimpu orang lain dengan mendapat apa yang tidak
sepatutnya menjadi hak mereka.
Malah mereka bijak menampilkan diri seperti
seperti orang-orang baik dan bermaruah, sedangkan pelakuan sebenarnya penuh
dengan kepalsuan. Apa yang dilakukan bertentangan dengan niat hati
sebenar.
Mereka yang sedemikian menggunakan kelebihan
ilmu dan pengetahuan untuk dimanipulasi bagi kepentingan diri. Orang bodoh
dan tidak berpengetahuan dipergunakan secara tidak hak. Tindakan
golongan ini bertentangan dengan konsep ilmu dan keimanan yang mana mereka tahu
dan memperkatakan tentang perkara baik, tetapi tidak mengamalkannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian
kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa
yang tidak kalian kerjakan.” (Surah ash-Shaff, ayat 2-3)
Oleh sebag itu, kita perlu bijak menilai
tentang orang lain agar tidak menjadi mangsa kejahilan diri
sendiri. Ingat kata-kata bijak pandai, orang bodah menjadi makanan
kepada orang bijak.
Kita perlu bijak untuk menggunakan segala apa
yang dikurniakan Allah SWT di dunia ini. Rebutlah peluang untuk
kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment