Durian buahan bermusim. Jadi, bagi penggemar durian, mereka
hanya boleh menikmati keenakan raja buah itu apabila tiba musim gugur durian.
Namun, pada masa akan datang mungkin durian
tidak lagi bermusim, atau musimnya lebih kerap dalam setahun.
Kini terdapat usaha dilakukan pihak tertentu membangunkan
lebih banyak ladang durian bagi mengembangkan lagi tanaman raja buah-buahan itu
agar ia dapat diperoleh sepanjang tahun dan bukannya bermusim.
Melalui kajian dan penggunaan teknologi, khususnya benih yang baik, hasil durian dapat dinikmati sepanjang masa.
Melalui kajian dan penggunaan teknologi, khususnya benih yang baik, hasil durian dapat dinikmati sepanjang masa.
Durian terdapat banyak
varieti. Untuk mudah dikenali dan rekod, Jabatan Pertanian
mendaftarkan di bawah huruf 'D'. Jadi semua varieti durian yang
didaftarkan dengan Jabatan Pertanian bermula dengan D dan diikuti
nombor.
Nombor itu tidak menunjukkan bilangan atau
jujukan didaftarkan. Antara varieti telah didaftarkan ialah D24, D123 dan D197.
Namun tidak semua orang boleh makan durian
kerana bau yang kuat dan boleh menyebabkan rasa panas badan. Ia
banyak bergantung kepada amalan atau kebiasaan. Kalau tidak biasa, memang tidak
suka makan durian.
Selain dimakan 'mentah', durian juga dimakan
dengan pulut dan santan. Ia juga dicampurkan di dalam pengat atau
bubur untuk mendapat rasa dan aromanya.
Selain itu durian turut dijadikan perisa
untuk aiskrim, dadih, kek, biskut, coklet dan sebagainya. Durian
juga dijadikan lempok dan tempoyak.
Kini isi durian juga dijadikan snek dalam
bentuk seperti keropok. Selain itu durian turut dijadikan dalam bentuk sebuk,
dingin beku dan pelbagai inovasi yang dilakukan MARDI, Jabatan Pertanian dan
penyelidik dari pusat pengajian tinggi serta swasta.
Malah, sekarang ini biji durian juga telah
dimanfaatkan dijadikan tepung yang dicampurkan untuk penghasilan keropok lekor.
Penggunaan durian untuk pelbagai produk dapat
membantu pekebun memasarkan durian terutama ketika musim puncak ia
gugur. Sebelum ini durian yang tidak laku dijual biasanya dijadikan
lempok dan tempoyak saja. Akibat lebihan pengeluaran hingga ada
pekebun membiarkan saja durian rosak di kebun.
Namun, sekarang ini keadaan tersebut jarang
berlaku kerana kepelbagain kegunaan durian untuk menghasilkan pelbagai produk.
No comments:
Post a Comment