Niat adalah
perkara asas menentukan kedudukan perkara dilakukan. Apa maksud niat? Dari bahasa ia bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Manakala
mengikut istilah pula ialah gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan
tujuan mencari keredhaan Allah SWT.
Kenapa niat penting? Pertamanya
untuk bezakan ibadat dengan adat. Keduanya untuk tentukan qasad amal
adakah untuk Allah atau lainnya.
Sabda
Rasulullah SAW: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa
yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah
dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari
habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka
hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (Hadis riwayat Muslim dan
Bukhari)
Adakah niat mesti dilafazkan?
Seperti dijelaskan apa itu niat sama ada mengikut bahasa mahupun istilah, niat
adalah berkaitan di dalam hati. Jadi tidak perlu niat itu diucapkan atau
dilafazkan.
Namun, dalam amalan masyarakat
di Malaysia, niat berkaitan ibadat khusus dilazimkan dengan ucapan sekali
seperti niat puas, niat zakat dan niat sembahyang.
Perkara ini dilakukan bagi
'memperkuatkan' dan 'menjelaskan' niat itu. Jadi, sebenarnya untuk niat puasa
mahupun niat-niat lain hanya memadai dengan apa yang terdetik di hati kita
mengikut apa yang kita faham terhadap perkara itu.
Niat tidak perlu mengikut atau
menggunakan bahasa Arab. Cukup dan memadai apa yang kita faham dengan tujuan
niat itu.
No comments:
Post a Comment