Tuesday 14 February 2023

AKTIVITI BERBASIKAL TINGKATKAN SISTEM IMUN

 
Aktiviti berbasikal semakin mendapat sambutan semua peringkat umur. Selain untuk tujuan riadah dan santai, aktiviti berbasikal menjanjikan kebaikan yang pasti menarik minat golongan tua.
 
Kajian pasukan saintis Britain mendapati aktiviti berbasikal boleh melambatkan kesan penuaan dan 'meremajakan' sistem imun.
 
Satu pasukan saintis melakukan ujian ke atas 125 penunggang amatur berusia antara 55 hingga 79 tahun dan membandingkan dengan orang dewasa yang sihat dari kumpulan umur yang tidak bersenam secara berkala.
 
Penemuan menunjukkan bahawa para penunggang basikal memelihara jisim otot dan kekuatan dengan usia sambil mengekalkan tahap lemak serta kolesterol yang stabil.
 
Lebih menarik lagi, kesan antipenuaan daripada aktiviti berbasikal turut menguatkan sistem imun.
 
Satu organ dikenali sebagai thymus yang menghasilkan sel-sel imun dipanggil sel T biasanya mula mengecut selepas usia 20 tahun tetapi organ berkenanan pada penunggang yang lebih tua didapati banyak menjana sel T seperti orang muda.
 
Penemuan tersebut merupakan bukti kukuh yang dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan senaman secara teratur sepanjang hidup mereka untuk kekal sihat.
 
Aktiviti berbasikal memberi banyak manfaat kepada kesihatan individu. Tubuh mereka dibenarkan untuk melewati usia dengan lebih optimum, bebas daripada penyakit yang biasanya disebabkan oleh masalah tidak aktif.
 
Jika dikeluarkan aktiviti berbasikal itu daripada rutin harian mereka, tahap kesihatan mereka mungkin akan merosot.
 
Penunggang basikal lelaki yang mengambil bahagian dalam kajian itu perlu berkayuh sejauh 100 kilometer di bawah 6.5 jam, manakala wanita pula sejauh 60 kilometer dalam masa 5.5 jam.
 
Kumpulan tidak bersenam terdiri daripada 75 orang yang sihat berusia antara 57 hingga 80 tahun, dan 55 orang dewasa muda berumur antara 20 hingga 36 tahun.
 
Gambar – media sosial

No comments:

Post a Comment