Malaysia adalah salah satu negara yang
tidak asinglah dengan konsep dan amalan perbankan Islam. Perbankan Islam di
Malaysia turut telah diiktiraf serata dunia. Industri kewangan Islam ini
bermula di Malaysia pada tahun 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan
Bakal-Bakal Haji (Lembaga Tabung Haji).
Setelah itu, pada tahun 1983, Bank
Islam pula ditubuhkan. Manakala pada 1984 Syarikat Takaful Malaysia Berhad
selaku pengendali takaful yang pertama ditubuhkan. Perkembangan selanjutanya diikuti
dengan tertubuhnya bank komersial yang lain pada tahun 1993.
Ketika itu, industri kewangan Islam sedang
pesat membangun. Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk menubuhkan
Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan mengenai Perbankan Islam pada 1 Mei 1997.
Industri kewangan ini bertambah pesat lagi
pada tahun 2004 apabila kerajaan ketika itu membenarkan bank asing dan
antarabangsa untuk melaksanakan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik
mereka di Malaysia.
Bank Negara Malaysia (BNM) diberi mandat
untuk menjadi badan pengawal yang membantu dalam penyelarasan dan keseragaman
pentafsiran syariah dalam memperkukuhkan pengawal selia dan tadbir urus
industri kewangan Islam di Malaysia.
Antara langkah yang telah diambil BNM dalam
mengawal selia industri kewangan Islam terutamanya dalam segmen perbankan dan
takaful ialah mengeluarkan resolusi, garis panduan dan perkara berkaitan lain
yang bertujuan untuk mewujudkan kesepakatan dalam keputusankeputusan syariah.
Ini sekali gus mempertingkat dan memperkukuhkan tadbir urus syariah institusi
kewangan.
Antara produk-produk kewangan Islam yang
berada di pasaran semasa pada hari ini ialah pajak gadai Islam yang dikenali
sebagai al-rahnu, takaful dan sukuk.
Perbankan Islam merupakan salah satu sektor
atau juzuk dalam sebuah sistem kewangan Islam yang prinsip operasi dan
amalannya berlandaskan hukum Islam atau juga disebut sebagai syariah.
Faktor utama yang membezakan antara
perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah segala urusan dalam perbankan
Islam hendaklah dikendalikan tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur yang
bercanggah dengan syariah.
Perbankan Islam dunia mula mengorak langkah
seawal tahun 1963, terutamanya apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank
di Mesir tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini menggunakan
model German Savings Bank mengikut kesesuaian sebuah bank yang berlandaskan
Islam.
Penubuhan Islamic Development Bank (IDB) di
Jeddah, Arab Saudi pada sidang Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) menjadi pemangkin kepada kewujudan perbankan Islam di serata dunia.
Berdasarkan hukum Antara bank-bank Islam
yang berjaya ditubuhkan ialah Dubai Islamic Bank pada tahun 1975, diikuti
dengan Faisal Islamic Bank of Sudan (1977), Faisal Islamic Egyptian Bank dan
Islamic Bank of Jordan (1978), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan The
International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg (1980).
No comments:
Post a Comment