Keceluparan mulut mengeluarkan kata-kata
atau percakapan boleh mengundang bencana. Sebab itu kita sentiasa diingatkan
agar berhati-hati apabila hendak berkata-kata. Kata pepatah, cakap siang
pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
Kisah penglipur lara dahulu banyak
menceritakan kisah untuk dibuat pengajaran dalam melakukan sesuatu tindakan.
Satu kisah penglipur lara terkenal ialah berkaitan Si Luncai yang tersilap
cakap. Akibat kata-katanya, dia dimurkai raja dan dijatuhi hukuman mati.
Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur
kata dari mulut Si Luncai bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya. Raja yang
zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh
disamakan dengan rakyat biasa. Apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai
yang miskin dan dipandang hina itu.
Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan
adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti
dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan
di tengah laut.
Namun Si Luncai bukan anak sembarangan.
Yang miskin cuma hartanya, bukan minda dan ketangkasan fikirannya. Otaknya
bergeliga dengan pelbagai taktik licik untuk menyelesaikan masalah.
Walaupun telah dihukum mati, Si Luncai
tidak panik. Sebelum dia dibawa dengan sampan untuk dicampakkan di tengah laut,
dia sempat membeli sebiji labu besar. Sejak itu dia menangis berhiba-hiba
sambil mengusap-usap labu itu.
Selang beberapa ketika, dua orang pengawal
istana pun tiba untuk melaksanakan hukuman. Dengan senjata yang lengkap, mereka
berdua bersedia untuk membawa Si Luncai dengan sampan untuk dihumban di tengah
laut.
Si Luncai pun menjawab, “Hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba akan berjumpanya sebentar lagi.”
Melihat perilaku Si Luncai itu, kedua-dua pengawal berasa kasihan. Mereka pun membenarkan Si Luncai membawa labu itu bersama dalam sampan untuk menuju ke tengah laut.
Sewaktu mereka sedang mendayung, Si Luncai
pun memulakan strategi untuk menyelamatkan diri. Dia berkata, “sebelum hamba
mati, bolehkah tuan hamba berdua menunaikan hajat hamba?”
Seorang daripada pengawal itu menjawab, “Boleh jika hajat itu tidak berat.”
Si Luncai gembira seraya berkata, “Memang tidak berat. Tuan hamba berdua hanya perlu menyanyi satu lagu untuk hamba.”
“Lagu apa?” tanya kedua-dua pengawal itu. Jawab Si Lucai, “mudah sahaja, pengawal yang duduk di belakang hamba hendaklah mengulang kata yang begini, Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Manakala tuan hamba yang di hadapan pula membalas, biarkan, biarkan.”
“Baiklah,” jawab kedua-dua pengawal itu tanpa mengesyaki apa-apa. Mereka pun sama-sama menyanyi. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan."
Seni kata itu dilagukan berulang-ulang
serentak dengan dayungan sampan. Semakin lama semakin rancak. Setelah agak
lama, kedua-dua pengawal itu semakin terleka. Pada saat itulah Si Luncai pun terjun
daripada sampan untuk menyelamatkan diri.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya baginda. “Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf. Patik akan menjadi orang alim. Patik tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini” kata Si Luncai.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya raja. Jawab Si Lucai, “Patik telah sampai ke alam arwah dan bertemu dengan arwah-arwah orang yang telah mati, termasuk arwah ayah patih dan almarhum ayahanda tuanku.”
“Armarhum ayahanda beta? Bagaimana gerangannya di sana?” tanya raja terkejut. Lalu dijawab Si Luncai, “Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita kerana perbuatan tuanku.”
Raja terus bertanya, “Apa yang beta
lakukan?” Maka Si Luncai menjawab, “Entahlah, almarhum cuma berdiam diri.
Katanya baginda ingin bertemu sendiri dengan tuanku untuk memberi nasihat,”
“Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda beta?” tanya raja bersungguh-sungguh. Si Luncai yang berasa perangkapnya telah terkena terus menjawab, “Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh, apalagi tuanku yang mulia.”
Si Luncai tersenyum dalam hatinya. Raja
yang zalim tapi bodoh itu akan berjaya ditipunya. “Bagimanakah cara?” tanya
raja.
“Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu pun begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku pertemuan itu nanti,” jelas Si Luncai.
Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju. Pendek cerita, raja pun dibuang ke laut di dalam peti yang berlubang. Apalagi, air pun masuk dan raja pun mati lemas. Si Luncai lari menyembunyikan diri dan tidak diketahui lagi keadaan dan nasibnya selepas itu.
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah
Si Luncai ini? Selain daripada keburukan akibat keceluparan berkata-kata,
cerita yang sarat dengan unsur satira ini penuh dengan sindiran dan pengajaran
yang sangat tajam dan menusuk hati.
Si Luncai adalah ‘gambaran’ orang bawahan
yang berdepan dengan kezaliman atasannya. Walaupun tanpa kuasa dan senjata, Si
Luncai berjaya mengalahkan raja berbekalkan minda, keberanian dan kemahuan.
Cerita ini juga mengisahkan bagaimana
akibat buruk yang boleh menimpa rakyat jika diperintah secara zalim oleh
seorang pemerintah yang ego dan dungu. Pemerintah yang begini bukan sahaja
berpotensi memporak-perandakan negara bahkan akhirnya memakan diri sendiri.
Kisah Si Luncai juga memaparkan bagaimana
‘agama’ dan ‘kerohanian’ boleh dijadikan ‘alat’ untuk mengeksploitasi orang
lain demi kepentingan diri dan puak.
Menyedari kedatangan pengawal itu, Si Luncai pun tambah beria-ia menangis
sambil membelai-belai labu airnya. Melihat telatah Si Luncai, dua pengawal
kehairanan lalu bertanya, “Kenapa kamu menangis dan memeluk labu ini?”
Si Luncai pun menjawab, “Hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba akan berjumpanya sebentar lagi.”
Melihat perilaku Si Luncai itu, kedua-dua pengawal berasa kasihan. Mereka pun membenarkan Si Luncai membawa labu itu bersama dalam sampan untuk menuju ke tengah laut.
Seorang daripada pengawal itu menjawab, “Boleh jika hajat itu tidak berat.”
Si Luncai gembira seraya berkata, “Memang tidak berat. Tuan hamba berdua hanya perlu menyanyi satu lagu untuk hamba.”
“Lagu apa?” tanya kedua-dua pengawal itu. Jawab Si Lucai, “mudah sahaja, pengawal yang duduk di belakang hamba hendaklah mengulang kata yang begini, Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Manakala tuan hamba yang di hadapan pula membalas, biarkan, biarkan.”
“Baiklah,” jawab kedua-dua pengawal itu tanpa mengesyaki apa-apa. Mereka pun sama-sama menyanyi. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan."
Melihat hal itu, pengawal yang di
belakang segera memberitahu kawannya yang di hadapan, “Si Luncai terjun dengan
labunya!”
Malangnya, pengawal di hadapan terus
menjawab, “Biarkan, biarkan…” Dia menyangka, pemberitahuan itu masih lagi
sebahagian seni kata lagu yang mereka nyanyikan sebelumnya.
Setelah Si Luncai jauh berenang
menyelamatkan diri, barulah pengawal di hadapan itu menyedari kejadian
sebenarnya. Tetapi apa boleh buat, Si Luncai telah berjaya menyelamatkan diri.
Mereka pun pulang tanpa memberitahu raja hal sebenarnya. Apa tidaknya, jika
silap perhitungan, mereka pula akan dihukum.
Si Luncai yang telah selamat daripada
lemas, lari menyembunyikan diri. Namun dalam hatinya menyimpan dendam yang
sangat mendalam kepada raja yang zalim dan angkuh itu. Setiap hari dia
memikirkan bagaimanakah caranya untuk membalas dendam.
Padanya, raja adil raja disembah, raja
zalim, raja disanggah. Setelah beberapa hari lamanya, barulah Si Luncai
mendapat idea.
Pada hari yang terpilih itu, Si Luncai pun
mengenakan baju serba putih lengkap dengan serbannya sekali. Imej yang
dibinanya adalah imej orang alim lagi warak.
Setelah itu dia pun dengan beraninya pergi
ke istana raja. Melihat Si Luncai datang, terkejutlah seisi istana, kerana
tidak menyangka yang Si Luncai telah ‘hidup’ kembali. Raja pun keluar dan
terjadilah pertemuan baginda dengan Si Luncai buat kali kedua.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya baginda. “Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf. Patik akan menjadi orang alim. Patik tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini” kata Si Luncai.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya raja. Jawab Si Lucai, “Patik telah sampai ke alam arwah dan bertemu dengan arwah-arwah orang yang telah mati, termasuk arwah ayah patih dan almarhum ayahanda tuanku.”
“Armarhum ayahanda beta? Bagaimana gerangannya di sana?” tanya raja terkejut. Lalu dijawab Si Luncai, “Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita kerana perbuatan tuanku.”
“Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda beta?” tanya raja bersungguh-sungguh. Si Luncai yang berasa perangkapnya telah terkena terus menjawab, “Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh, apalagi tuanku yang mulia.”
“Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu pun begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku pertemuan itu nanti,” jelas Si Luncai.
Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju. Pendek cerita, raja pun dibuang ke laut di dalam peti yang berlubang. Apalagi, air pun masuk dan raja pun mati lemas. Si Luncai lari menyembunyikan diri dan tidak diketahui lagi keadaan dan nasibnya selepas itu.
No comments:
Post a Comment