Di Bangkok, Thailand ada sebuah stesen kereta
api yang dieja mengikut bahasa Melayu Thai sebagai “Kalantan”. Perkataan “Kalantan”
itu adalah merujuk kepada nama negeri Kelantan di Malaysia.
Timbul persoalan mengapa tempat itu
dikenali Kalantan. Apa kaitan Kelantan dengan Kalantan? Stesen Kereta Api
Kalantan adalah sempena nama Kampung Kalantan yang terletak berhampiran stesen tersebut.
Kampung Kelantan dinamakan dengan nama itu
kerana wujudnya penduduk asal Kelantan di kawasan tersebut. Kehadiran mereka
dikatakan sebagai tawan perang yang dibawa ke Bangkok oleh raja Siam pada era kerajaan Patani.
Orang Kelantan terlibat membantu kerajaan Patani. Apabila mereka ditawan maka, mereka dibawa ke Bangkok bersama-sama tawanan lain. Biasanya dijadikan buruh atau hamba.
Mengikut catatan sejarah, tiga kali berlaku serangan kerajaan Siam terhadap kerajaan Patani iaitu pada tahun 1786, 1821 dan 1838.
Tawanan itu kemudian terus menetap di
kawasan tersebut disebabkan tidak tahu bagaimana hendak pulang semula ke
Kelantan biarpun mereka sebenarnya berpeluang melakukannya.
Generasi tua yang tingal di situ masih mampu
bercakap Melayu, tetapi generasi muda kebanyakannya tidak mampu berbahasa
Melayu lagi. Mereka masih mengamalkan sebahagian tradisi Melayu.
Selain Stesen Kereta Api Kelantan, terdapat juga sebuah sekolah menggunakan nama Kelantan iaitu Sekolah Sungai Kelantan yang terletak tidak jauh dari Kampung Kelantan.
No comments:
Post a Comment