Thursday 25 January 2024

ADAKAH PEHA LELAKI DAERAH AURAT?

 
Berkaitan sama ada bahagian paha lelaki termasuk aurat yang wajib ditutupi, para ulama mazhab berbeda pendapat. Mazhab Hanafi menganggap apa yang di antara pusat dan lutut sebagai daerah aurat. Mereka menganggap lutut itu aurat sedangkan pusat tidak. 
 
Manakala mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan antara pusat dan lutut itu aurat dan pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat.
 
Adapun mazhab Maliki, Zahiri dan satu pandangan daripada Imam Ahmad menyatakan bahawa peha itu bukan aurat.

No comments:

Post a Comment