Wednesday 7 February 2024

RUMAH AYAM SERAMA

 
Binatang peliharaan mendapat layanan istimewa daripada pemiliknya. Biasanya kucing dianggap binatang peliharaan yang sering dimanjakan dan diberi pelbagai keistimewaan seperti makanan berkhasiat, perawatan, pakaian dan tempat tinggal yang cantik.
 
Di FB baru-baru ini ada perkongsian tentang rumah untuk ayam serama yang dibina dan diukir cantik. Dengan tajuk “Sentuhan Tangan Berseni”, pemilik akaun Serama Bachok berkongsi beberapa gambar rumah ayam berseni yang dihasilkan oleh sepupunya.
 
Catatan Serama Bachok: Kreatif dan inovatif sepupu pun. Buat reban untuk ayam serama. Puas hatilah si serama, masa dengan kita, duduk dalam reban bagai saja.
 
Kita baru nak berinovasi dengan H rinting. Kena 'pau' sekor bahan rinting kita.
 
Alhamdulillah, ramai VIP yang dah bela produk serama kita. Mereka ni kebanyakan tak kisah sangat dengan harga, janji darah peor dan sedap mata memandang serta boleh buat terapi minda. Ada seorang tuan pengarah tu siap letak dalam rumah.
 
Fokus kita hanya, Jual!
 

No comments:

Post a Comment