Monday 18 January 2021

CARA TANAM BONGSAI POKOK KESINAI

Pokok kesinai atau nama saintifiknya "Streblus Asper" banyak terdapat di hutan-hutan kecil dan belukar di negara kita. Pokok kesinai mendapat permintaan tinggi apabila ia dijadikan pokok bongsai.

Pemburu pokok kesinai sanggup meredah hutan untuk mendapatkan batang pokok kesinai. Terdapat pengusaha nursery yang memberi tumpuan untuk membuat bongsai menggunakan pokok kesinai.

Jumlah pokok kesinai yang terdapat secara semulajadi di dalam hutan menjadi berkurangan apabila banyak pencari pokok kesinai menebangnya. Jika keadaan itu berterusan dalam tempoh panjang, berkemungkinan pokok kesinai sukar ditemui pada masa hadapan.

Sebab itu, ada keperluan pokok kesinai ditanam secara komersial untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah di masa-masa akan datang.

Penanaman pokok jenis ini biasanya dilakukan melalui "bud-grafting" atau tut di mana dahan pokok yang sesuai dibuang bahagian kulit luarnya dan diletakkan tanah baja yang kemudiannya dibalut dengan plastik atau benda lain yang di rasakan sesuai.

Cara lain untuk mendapat anak benih ialah mengambil anak benih yang tumbuh berhampiran dengan pokok induk.

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan cantasan dahan atau dahan pokok.

Pokok yang sedang membesar boleh mula dibonsai. Keunikan bongsai pokok kesinai yang digubah cantik sebagai hiasan di rumah atau penyeri persekitaran taman.

Pokok kesinai sebenarnya berdaun agak besar seperti pokok teh pagar atau teh kampung, cuma bezanya pokok kesinai mempunyai cabang yang besar dan boleh dibentuk.

Pokok kesinai yang dijaga dan dibentuk dengan pemerhatian yang teliti serta sering dipotong dan digunting daun lama-kelamaan daunnya akan menjadi kecil seperti yang diinginkan agar ianya kelihatan lebih unik dan cantik.

Penghasilan bongsai pokok kesinai mendamaikan hati dan minda. Tidak hairanlah mengapa banyak orang yang sanggup menghabiskan masa di taman bonsai semata mata untuk merawat dan meneliti setiap ranting dan daun pokok bonsai mereka kerana dengan pemerhatian yang begitu akan membuatkan mereka mendapat ketenangan tersendiri.


No comments:

Post a Comment