Sunday 17 December 2023

AL JAZEERA PENGELUAR HADJI AISKRIM

 
Hadji Ice Cream adalah jenama aiskrim yang diusahakan oleh Nabila binti Suhairy. Hadji Ice Cream dikeluarkan oleh Al-Jazeera Ice Cream Sdn. Bhd, syarikat dimilik 100 peratus oleh bumiputera muslim, dan diiktiraf dengan pensijilan kualiti HALAL Jakim, HACCP, GMP dan buatan Malaysia.
 
Syarikat beropeasi memproses, membungkus dan menjual produk-produk aiskrim di kilang bertempat di Batu Caves, Selangor.
 
Hadji Ice Cream sedang dalam usaha untuk menambah rangkaian pengedaran ke seluruh negara, dan ingin menjemput pengusaha dan pengedaran untuk bersama-sama merealisasikan usaha tersebut.
 
Selain itu, Hadji Ice Cream sedang berusaha untuk menempatkan produk-produk di pasar raya milik bumiputera muslim dengan lebih meluas.
 
Untuk sekitar Lembah Klang, syarikat bersedia untuk menerima tempahan secara dalam talian dan menawarkan khidmat penghantaran terus ke lokasi pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp ke 0176033200.

No comments:

Post a Comment