Monday 8 January 2024

Malam Warisan Dikir Barat Nusantara

 
Dikir barat adalah warisan terkenal di Kelantan. Namun, dikir barat bukan berasal Kelantan. Dikir barat dikatakan berasal dari Selatan Thailand. Sebab itu itu dipanggil “dikir barat”. Orang Kelantan pada masa dahulu memanggil Selatan Thailand sebagai “Barat”.
 
Dikir barat kini turut tersebar di seluruh Malaysia, selain masih utuh dan terkenal di Selatan Thailand. Malah di Singapura turut ada kumpulan dikir barat yang cukup terkenal.
 
Justeru, kerajaan Kelantan melalui awatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan mengadakan program Malam Warisan Dikir Barat Nusantara yang diadakan pada 25 Disember 2023 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2024.
 
Program ini mengumpulkan Pasukan Dikir Barat yang terbaik di Nusantara yang melibatkan kumpulan dikir barat dari negara Malaysia, Thailand dan Singapura. Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang lain seperti tarian tradisional, rebana ubi, kertok kelapa dan simfoni pergendangan kreatif serta banyak lagi.
 
Penampilan pelbagai bentuk persembahan itu bertepatan untuk memperkenalkan Kelantan yang terkenal dengan jolokan Negeri Gedung Budaya.

No comments:

Post a Comment