Tuesday 14 November 2023

LRA Kampung Telok bekal air 30 juta liter sehari

 
Status semasa pengeluaran air terawat Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok kini berjumlah 13 JLH merangkumi beberapa kawasan di sekitar Kampung Telok Panji.
 
Pengeluaran air LRA Kampung Telok memanfaatkan pengguna di Taman Desa Kujid, Taman Telok Perdana 1 dan 2, Taman Sri Iman, Taman Nusa Jaza, Kampung Tapang, Baung Bayam, Kampung Belukar, Panji, Taman Koperasi Panji, Taman Desa An Nur, Perumahan Transit Panji, Kampung Panchor, Gertak Sagu, Pulau Belanga, Babong, Tok Ku Kota Jembal, Taman Restu, Taman Sentosa, Taman Kemahiran, Taman Firdaus SBJ, Taman Sri Panji, Jalan Pulau Melaka, Taman Desa Rahmat, Taman Harian, Kampung Guchil Bayam, Telok Baru dan Kampung Demit turut menerima manfaat ini
 
Kerja menaik taraf LRA Kampung Telok, Panji kini sedang giat dijalankan. Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2024 itu bakal mengeluarkan kapasiti penuh air terawat sebanyak 30 Juta Liter Sehari (JLH).
 
Setelah sipa nanti, ia bakal menyediakan air terawat ke sistem agihan DMA Jalan Maktab, DMA Pengkalan Chepa, DMA Kg. Sabak, DMA Taman Kurnia Jaya, DMA Kota Jembal, DMA Perindustrian SEDC, DMA Desa Wira, DMA Desa Kemumin, DMA Kampung Baung, DMA Beris Jejawi dan DMA Perindustrian Padang Tembak dengan penambahan keseluruhan sebanyak 10,961 akaun baharu pengguna.

No comments:

Post a Comment