Monday 6 November 2023

KENAPA MUDA, SOALAN MUDAH DIJAWAB

 
Satu gegantung memaparkan tulisan “KENAPA MUDA” diletakkan di sebuah kedai atau warung menjual kelapa muda. Maka, tidak sukar untuk memahami “KENAPA MUDA” itu sebenarnya “kelapa muda”. Kesilapan seumpama ini sering terjadi. Bukan pemilik gerai tidak menyedarinya, tetapi memikirkan tentang kos membuat gegantung itu, maka terus ia dikekalkan. Atau mungkin juga ia satu strategi untuk menarik perhatian orang ramai.
 
Air kelapa sudah dikenal mempunyai banyak manfaat bagi tubuh. Tidak hanya menyegarkan tubuh ketika cuaca panas, air kelapa muda juga dapat menambah elektrolit dan mineral kepada tubuh.
 
Bahkan, air kelapa muda memiliki kandungan nutrisi seperti antioksidan yang dapat mencegah keruosakan sel tubuh.
 
Air kelapa muda mengandungi gula, namun kadarnya sedikit sahaja. Ia dikira “selamat” dan tidak mendatangkan kesan berlebihan gula biarpun kerap minum air kelapa.
 
Air kelapa juga mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang melengkapkan keperluan gizi pemakanan yang diperlukan oleh badan. Ia juga mengandungi kalium.

No comments:

Post a Comment