Setiap
jambatan ada had beban atau berat yang boleh ditanggung. Jika ada kenderaan
yang melebihi berat yang sepatutnya, maka ia akan roboh.
Kerosakan
itu bukan sahaja ditanggung oleh pemilik kenderaan itu, bahkan semua pengguna
lain tidak dapat memanfaatkan lagi jambatan tersebut sehinggalah ia dibaiki.
Begitulah
juga dengan manusia. Setiap orang ada keupayaan berbeza dalam menghadapi
sesuatu situasi. Jangan sekali-kali mengambil tanggungjawab jika kita tidak mampu
melaksanakan.
Contohnya,
jika kita tidak mampu menjadi pemimpin, jangan sekali-kali berebut hendak
menjadi pemimpin. Jawatan pemimpin bukan untuk bermegah, tetapi satu amanah
yang amat bera.
Menurut Al
Mawardi, Islam meletakkan kepimpinan sebagai pengganti kepada fungsi
kenabian bertujuan menjaga agama Allah SWT dan mengatur kehidupan manusia di
dunia dengan adil dan sejahtera.
Seseorang
ketua atau pemimpin dalam sesebuah organisasi dan masyarakat penting bagi
melaksanakan syariat Allah SWT di muka bumi ini, selain menjaga kebajikan,
keselamatan dan kesejahteraan ramai, serta mengelak berlakunya pertelingkahan
antara mereka.
Seorang
pemimpin yang bertanggungjawab perlu melaksanakan tugas secara berhati-hati dan
tiada berhajat untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam
menjalankan amanahnya.
Sesungguhnya,
betapa beratnya tugas seseorang pemimpin itu adalah dengan ancaman sekiranya ia
gagal dalam melaksanakan tugas dengan adil dan mengabaikan kebajikan rakyat,
maka pemimpin itu dijanjikan azab yang berat oleh Allah SWT di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment