Sunday, 27 December 2020

KEPUASAN MEMILIKI KAPAL TERBANG SENDIRI

Kapal terbang jenis kenderaan mewah. Bukan sahaja harganya mahal, bahkan penyelengaraan pun mahal. Biarpun boleh diterbangkan di angkasa luas, untuk berlepas dan mendarat hanya boleh dilakukan di lapangan terbang. Ia hanya boleh diparking atau diletakkan di lapangan terbang yang perlu disewa khas. Untuk menerbangkan kepal terbang perlu kepada lesen yang bukan mudah untuk diperoleh.

Jadi, sesiapa yang memiliki kapal terbang sendiri tentu golongan orang berada. Bukan alang-alang orang.

Namun, untuk memiliki kapal terbang sendiri tetap menjadi impian orang tertentu, sedangkan kebanyaknnya berasakan itu tidak akan menjadi kenyataan yang tidak perlu ada dalam senarai impian mereka.

Terkadang, ada orang ingin memiliki kapal terbang bukan untuk diterbangkan. Cukuplah ia memiliki kapal terbang biarpun tidak lagi berfungsi sebagai kapal terbang. Apa yang penting ia benar-benar kapal terbang dan bukan sebagai replika.

Sebab itulah kita ada melihat gambar atau berpeluang melihat secara fizikal kapal terbang yang diletakkan di luar dari lapangan terbang. Ada kapal terbang yang diletakkan di atas bumbung restoran, depan rumah dan sebagainya.

Kapal terbang berkenaan memang asalnya jenis kenderaan yang diterbangkan di udara. Namun, setelah tidak lagi sesuai diterbangkan atau tidak mahu terus digunakan pemilik asalnya, maka ia dijual kepada pembeli baharu sebagai ‘besi buruk’. Ia biasanya hanya melibatkan komponen badan sahaja tanpa enjin dan kelengkapan penerbanan lain yang sepatutnya berada di sesebuah kapal terbang.

Memiliki kapal terbang biarpun tanpa boleh diterbangkan adalah satu kepuasan tersendiri kepada pemiliknya. Memilikinya ada nilai yang tersendiri yang hanya dimengerti oleh pemiliknya. Ada sesuatu yang ingin diraikan dengan kejayaan memiliki kapal terbang itu.

No comments:

Post a Comment