Sunday 31 October 2021

BEZA KARIPAP DENGAN KUIH SPERA

   
Tengok gambar. Kuih apakah itu? Majoriti akan menjawabnya karipap. Ya, kerana itu yang lebih popular dan dikenali ramai. 
 
Tetapi, mungkin juga ada yang menjawabnya kuih spera. Apa itu kuih spera? Tentu banyak yang tidak kenal kuih spera. 
 
Persoalannya, bagaimana hendak kenal mana karipap dan mana pula spera. Nampak sama sahaja. 
 
Sebenarnya, karipap dan spera menggunakan adunan tepung yang sama untuk membuat ‘kulit’. Apa yang membezakan ialah inti di dalam. Ada juga yang mengatakan sedikit perbezaan dari segi bentuk, iaitu karipap lebih ‘gemuk’ dan spera pula ‘kurus’ serta lonjong. 
 
Inti karipap adalah keledek, daging atau sarding yang dimasak dengan rempah. Manakala spera pula intinya kelapa pedas macam cucur badak. 
 
Jadi, jika membeli kuih di pasar, pastikan apa yang dijual itu karipap atau spera. Kalau tak tahu, kena tanya. 
 
Lainlah jika tidak kisah tentang intinya. Tidak kiralah karipap atau spera, asal boleh dimakan. Kalau macam tu boleh pakai tunjuk sahaja. Nasiblah sama ada karipap atau spera. 
 
  
 Karipap iti keledek

Spera inti kelapa

No comments:

Post a Comment