Friday 28 August 2020

LANGKAH PERTAMA SELALU SUKAR

Tengok orang kaya berjaya, kita pun teringin sama. Hendak kaya juga, bahkan kalau boleh lebih kaya lagi. Ironinya, orang lain pukul 4.00 pagi sudah bangun, sebaliknya kita masih dalam mimpi yang lena. Sayangnya kita pada tidur dari meminta pada Yang Maha Kaya.  

Tengok orang ada segalanya, kita pun teringin sama. Orang kerja kuat siang malam tetapi kita tidak sanggup berpanas dan berpenat. Ada-ada sahaja alasan untuk kita duduk sahaja tanpa buat apa-apa.

Tengok orang dapat keliling dunia, kita pun teringin sama. Orang susun strategi sehabis baik fokus dan lupakan segala alasan yang menggagalkan. Tetapi kita letak alasan di depan supaya kita terus gagal dan gagal. Ternyata.. semua impian kita terhalang oleh diri kita sendiri.

Kitalah yang sabotaj diri dan kitalah penyebab kita sentiasa gagal.

Tips untuk berjaya sangat mudah. Dengan cara kita mengikut apa yang orang berjaya buat, kita juga mampu berjaya. Tiada rahsia dan tiada istilah kau asal hebat tetapi aku tidak!

Jadi, yang ingin berjaya jangan bertangguh lagi. Buat bersungguh-sungguh dan menanti hasil yang bakal dituai.

Ingat, sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib diri kita melaikan diri kita sendiri yang mengubahnya.

Jom nekad jadi orang kaya berjaya agar kita mampu bersedekah dengan lebih pada mereka yang berhak sama.

Memang langkah pertama selalunya sukar, tetapi berusahalah dengan gigih untuk melepasinya kerana itulah permulaan kepada kejayaan.

 

No comments:

Post a Comment