Sunday 31 January 2021

KEBAIKAN KHASIAT AIR KELAPA UNTUK KANAK-KANAK

 
Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa. Namun, untuk sesuai dan sedap diminum perlu diambil dari kelapa yang masih mudah. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. 
 
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+). 
 
Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. 
 
Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh. 
 
Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). 
 
Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. 
 
Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Kanak-kanak memang baik diberikan air kelapa kerana ia kaya khasiat yang diperlukan kanak-kanak. 
 
Bagaimanapun, dicadangkan kanak-kanak atau bayi hanya diberikan minum air kelapa selepas usia enam bulan. Berikan ia dengan kuantiti yang sedikit sebagai permulaan untuk menyesuaikan penerimaan badan. Kaedah ini bukan sahaja ketika memberi minum air kelapa, bahkan makanan dan minuman lain. 
 
Selain itu elakkan memberi bayi isi buah kelapa, melainkan yang masih ‘hingus’ atau belum mengeras. Ini bagi mengelak berlaku masalah penghadaman kepada bayi. 
 
Air kelapa mengandung potasium dan sodium. Juga mengandung berbagai macam mineral seperti kalsium, zat besi, fosfor, dan magnesium.  
 
Air kelapa dapat digunakan sebagai minuman rehidrasi, serta berguna dalam mengembalikan keseimbangan elektrolit pada bayi yang mengalami cirit birit..
 


 

No comments:

Post a Comment