Tuesday 29 November 2016

JENIS MAKANAN MAMPU MENURUN PARAS KOLESTROL

Terdapat jenis makanan bolah membantu menurunkan tahap paras bacaan kolestrol dalam badan. Biarpun kolestrol datang dari sesetengah jenis makanan, pada masa sama, terdapat juga makanan yang boleh menurunkan kadar kolestrol.

Sebab itu amat penting kita mempelbagaikan sumber makan agar keperluan badan seimbang. 

Bawang Putih 
Bawang putih mengandungi Allicin. Allicin ialah zat anti bakteria yang bertindak sebagai anti biotik semula jadi.

Halia
Halia ini sifatnya panas. Sebab itu, kalau demam ramai minum air halia. Biar berpeluh sikit. Kebaikan halia ialah menghalang kolestrol melekat pada saluran jantung. Cukup sekadar pengambilan sekali setiap hari.

Lemon
Lemon biasa diambil untuk mengurangkan berat badan.  Ia mengikis lemak dalam badan kita yang sinonim dengan kolestrol. Rata-rata orang kita sebut lemak tepu.  Jadi, dengan membuang lemak dalam badan dapat kurangkan risiko kolestrol yang berlebihan.

Pati Cuka Epal
Pati cuka epal mengandungi pectin. Pectin membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Pati cuka epal telah diamalkan sejak zaman purba lagi. Malah, Islam juga menggalakkan amalan ini sebab banyak manfaat kepada kesihatan kita.

Madu Lebah Asli.
Memang tak dapat disangkalkan lagi manfaat madu lebah asli. Mengenai khasiat madu lebah dirakamkan dalam al-Quran. “Di dalamnya (madu) terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia.” – (An-Nahl:69).

Madu lebah merawat penyakit jantung dan penyakit dalaman kerana mengandung karbohidrat, glukosa, fraktose, zat gula tebu, protein, potassium, zat besi, belerang dan fosfor.

Kurma
Makanan sunah Nabi kita. Kandungan gulanya 50-57% glukosa. Bermakna, tenaga yang diserap adalah serta-merta tanpa perlu dipecahkan oleh enzim.

Kurma mengandungi kalium yang penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah.Jadi, saluran jantung kita dapat selamat dari risiko kolestrol tersumbat.

No comments:

Post a Comment