Tuesday 29 November 2016

KHASIAT CEKUR

Khasiat dan kebaikan cekur telah lama dimanfaatkan masyarakat Melayu untuk kesihatan dan rawatan. Cekur merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Nama botani, kaempferia galanga. Ia mudah ditanam dan banyak didapati di Malaysia. 

Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya atau rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah di antara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam dan hidangan lain.

Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain.

Antara khasiat cekur adalah seperti berikut:
- Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
- Menyembuhkan kembung perut
- Melegakan perut memulas
 
- Mengurangkan bengkak.
- Melancarkan haid.
 
- Melegakan batuk.
- Sakit urat saraf
- Senak perut
 
- Buang angin
- Sakit sendi.
 
- Muntah

Sekarang ini cekur telah digunakan dalam pelbagai produk kesihatan yang menggunakan teknologi moden. Ia lebih mudah diambil dan diamalkan apabila diperlukan.

No comments:

Post a Comment