Tuesday, 29 November 2016

KHASIAT SIRIH CINA


Sirih cina kaya khasiat perubatan. Tanaman mudah tumbuh dan ditemui ini juga dikenali sirih tanah atau ketumpang.

Sirih cina biasanya tumbuh di tempat yang lembab. Kalau ditanam di dalam pasu lagi baik.  

Khasiat sireh cina mengatasi masalah:
- Penyakit gour
- Darah tinggi,
- Kencing manis
- Batuk
- Selesema
- Penawar sakit sendi dan perut
- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan mata
- Mengubati dan meredakan cirit-birit
- Meredakan demam (Ramas dengan sedikit air dan sapukan di kepala)

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang.

Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit

Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat ulam. Juga boleh dijadikan jus minuman yang enak.

Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala.

No comments:

Post a Comment