Tuesday 29 November 2016

BADAN PERLU VITAMIN MINERAL

Vitamin dan mineral diperlukan badan untuk melancarkan fungsi organ, tenaga dan kesihatan. Ia diperoleh atau perlu dibekalkan dalam diet sama ada melalui pemakanan ataupun suplemen kesihatan.

Sayur dan makanan sumber utama nutrien yang diperlukan badan. Pengambilan sumber itu perlu dilakukan cara betul untuk mendapat yang terbaik. Nutrien boleh hilang jika proses penyediaan yang salah. Contohnya, memasak sayuran terlalu lama menyebabkan kehilangan kandungan vitamin C.  

Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh kehilangan nutrien tanpa melalui apa-apa pemprosesan dan masakan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan akan mula kehilangan nutrien setelah dipetik dan disimpan. Semasa melalui proses penghantaran dari ladang ke gudang ataupun tempat jualan, kadar nutrien semakin menurun. 

Gaya hidup masyarakat kini yang terlalu sibuk, berkejar masa dan tertekan juga menyumbang kepada faktor kehilangan nutrien utama dalam badan.

Bagi memenuhi keperluan vitamin dan mineral, pengambilan diet seimbang adalah perlu. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat diet yang seimbang kerana kehidupan harian yang terlalu sibuk.

Kekurangan mikronutrien berpunca beberapa sebab, antaranya:
- Pengilangan dan pemprosesan makanan yang keterlaluan.
- Penyimpanan yang tidak sempurna.
- Kekurangan mineral dalam tanah akibat aktiviti kaedah pertanian.
- Pilihan makanan yang tidak sihat.
- Pencemaran alam sekitar.
- Gaya hidup tidak sihat termasuk merokok, pengambilan alkohol, kafein dan dadah.
- Memasak terlalu lama.

Multivitamin dan mineral yang lengkap mestilah mengandungi:
- Vitamin A: Bantu penglihatan lebih baik. Penting untuk kesihatan fetus wanita hamil.
- Vitamin C: Baik untuk kulit dan sistem imuniti badan.
- Vitamin D: Diperlukan untuk penyerapan kalsium dan fosforus.
- Vitamin B: Penting untuk penghasilan tenaga. 
- Kalsium, magnesium dan fosforus: Bantu pembinaan tulang dan gigi.
- Zat besi dan kuprum: Penting untuk pembentukan darah.
- Iodin dan Zink: Memastikan sistem tiroid berfungsi dengan baik.
- Mangan dan kalium: Memetabolisma lemak dan protein.
- Asid folik: Diperlukan untuk pembahagian sel yang sihat.

No comments:

Post a Comment